Analisis ayat (jenis-jenis ayat)
1)AYAT
PENYATA
Definisi:
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud
untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga
dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke
sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton
rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di
ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan
melancong ke Taiwan.
2) AYAT SERUAN
Definisi:
1. Ayat seruan ialah ayat
yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit,
benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya
diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului
oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis
itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang
hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul
saya!
e) Syabas, kamu telah
menang!
3) AYAT TANYA
Definisi:
1. Ayat tanya ialah ayat
yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat
tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan
pada akhir ayat dalam tulisan.
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata
tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat
penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya
ini ditandai dengan tanda soal (?).
Ayat contoh:
a) Adik masih belum
makan?
b) Pertandingan
perbahasan itu akan diadakan minggu hadapan?
c) Bas itu sudah
bertolak?
Ayat
Tanya Dengan Kata Tanya
1) Ayat tanya dengan kata
tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana,
bagaimana dan sebagainya.
Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
2) Dalam bentuk tulisan,
ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di
hadapan ayat.
Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano
itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?
4) AYAT PERINTAH
1. Ayat perintah ialah ayat
yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri
daripada empat jenis, iaitu:
a) Ayat Suruhan
- Minumlah teh ini dahulu.
b) Ayat Larangan
- Jangan petik bunga itu.
- Usah bermain di tepi
jalan.
- Tak usah kau campur tangan
dalam hal saya.
c) Ayat Silaan
- Silalah pakai topi
keledar.
- Jemput makan bersama-sama.
d) Ayat Permintaan
- Minta anda semua bersabar.
- Tolong ambilkan saya
secawan air.
No comments:
Post a Comment