Wednesday 11 January 2012

BM pendahuluan


TAJUK: KEMUSNAHAN HUTAN

Contoh Pengenalan 1:
Malaysia merupakan sebuah negara yang subur lagi kaya dengan hasil hutan belantara. Sebanyak 70% daripada negara ini diliputi Hutan Hujan Tropika yang sememangnya bukan sahaja menyumbang ke arah keseimbangan ekosistem, malah membantu dalam meningkatkan prestasi ekonomi negara. Malangnya, dasawarsa ini, isu yang sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenagp empat penjuru dunia ini adalah tentang isu kemusnahan hutan yang mencetuskan kekhuatiran dalam kalangan masyarakat. Kewujudan mahluk Tuhan yang tidak menghargai kuniaan-Nya telah mempunahranahkan nikmat pemberian-Nya dengan meneroka dan memusnahkan flora dan fauna yang tidak ternilai harganya. Tidak hairanlah seandainya kita kehilangan hutan yang merupakan khazanah negara yang turut menjadi nadi kehidupan masyarakat sejagat pada suatu masa nanti sekiranya tiada usaha dalam menghalang kemusnahan hutan daripada berterusan. Amatlah wajar kita bertindak merenungkan punca kemusnahan hutan yang sedang berlaku bagai api dalam sekam agar insiden ini tidak membawa kemudaratkan yang tidak dapat dikawal pada suatu hari nanti.

Contoh Pengenalan 2:
                Hutan seperti yang kita sedia maklum, merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang tidak ternilai harganya. Di Malaysia, kawasan hutan yang juga dikenali sebagai Hutan Hujan Tropika meliputi 70 pertatus kawasan di negara kita. Kendatipun begitu, sedarkan kita bahawa hutan ini sedang berada dalam ambang kemusnahan? Haruslah kita sedar bahawa pada zaman pascainovasi ini, kita sering digemparkan oleh kemusnahan hutan melalui dada-dada surat khabar, corong-corong radio, dan di kaca-kaca televisyen. Isu yang semakin meruncing ini tidak sewajarnya dipandang enteng sebaliknya fenomena ini harus ditangani sebelum kudis menjadi tokak. Oleh hal yang demikian, setiap lapisan masyarakat haruslah mengembleng tenaga bagai aur dengan tebing supaya isu ini tidak berlarutan.

Tuesday 10 January 2012

Welcome Adilans'

Hey guys, admin Prisong here.

So....erm. HELLO! lol.
The BM homework will be paste here soon, I guess? Tunggu cikgu post dulu la baru I copy&paste ke sini.

Till then, have a nice day and enjoy your lunch :)
Later continue do our pile of homeworks! ERGH.

Admin Prisong signing out! Cheers.