Saturday 24 March 2012

Persatuan Penduduk Kampung Balduri,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Yang Dipertua,
Majlis Bandaraya Pulau Pinang,
Tingkat 4-8, No.88,Jalan Sutera Putih,
Pulau Pinang.                                                                 23 FEBRUARI 2011. 

Tuan,

Memohon Bantuan Banjir yang Berlaku di Kampung Balduri.

Berhubung perkara diatas,saya selaku Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Balduri ingin membuat rayuan tentang permohonan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan kampung ini.Dukacita dimaklumkan bahawa,kampung kami dibarahi banjir kilat yang telah meranapkan sebahagian daripada kepunyaan penduduk Kampung Balduri.

2.  Terdapat pelbagai bahana yang mengundang kepada berlakunya banjir di kawasan kami.Antara faktor yang menyebabkan banjir berlaku ialah hujan lebat yang turun secara tidak henti-henti selama 3 hari.Hal ini demikian telah menyebabkan paras air memuncak dari hari ke hari.Sementelahan itu, longkang yang tersumbat akibat longgokan sampah- sarap oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Hal ini telah menyebabkan kuantiti air meningkat secara mendadak dan tidak dapat dikawal serta tidak dapat mengalir dengan lancar lalu penambahan air yang berlebihan ini bertakung di kawasan Kampung Balduri .Kendatipun,isu ini telah dibuat aduan kepada pihak berkuasa,namun mereka hanya memilih bulu serta bersikap individualistik persis enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.Mereka hanya menutup mata dan memekakkan telinga. Banjir juga telah berlaku akibat daripada sistem perparitan yang lemah . Perkara ini sering menjadi punca utama kejadian banjir yang telah beberapa kali berlaku di sini. Hanya gara-gara sistem perparitan yang tidak terancang dan kurang teratur,penduduk-penduduk Kampung Balduri terpaksa berputih mata dengan pelbagai kemusnahan dan kerugian yang harus dihadapi.Selain itu, terdapat sesetengah kilang dan ladang ternakan sengaja dibina berhampiran dengan sungai. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka membuang sisa buangan termasuk sisa toksik ke sungai. Hasil buangan tersebut bukan sahaja mencemarkan sungai malah mendapan sisa tersebut akan menyebabkan sungai menjadi cetek. Akibatnya, air sungai akan melimpah setiap kali hujan lebat yang turun tanpa henti untuk tempoh yang lama.Walaupun kami sudah melaporkan kejadian ini kepada pihak pengurus kilang,namun mereka tidak mengambil sebarang prakarsa sederap.

 3.  Banjir kilat yang melanda Kampung Balduri telah menimbulkan beberapa natijah negatif.Banjir tersebut juga mempunahranahkan harta penduduk.Beberapa buah rumah ditenggalami air akibat kenaikan paras air yang mencecah 4 meter.Mangsa-mangsa terpaksa berhijrah ke tempat lain untuk menyelamatkan nyawa mereka.Sementara ini,mereka dihantar ke Dewan Serbaguna yang terletak di kawasan tertinggi kampung ini.Selain itu, harta benda dan prasarana di Kampung Balduri turut binasa bagaikan padang jarak,padang terkukur.Tamsilnya,mesin pencuci,pakaian,televisyen,dan meja telah rosak.Bekalan air serta elektrik tidak sempurna di sesetengah kawasan kampung ini.Dari segi ekonomi pula,penduduk kampung terpaksa menggulung tikar kerana periuk nasi mereka turut serta musnah dalam kejadian tragis ini.Hasil pertanian seperti padi sawah,bawang merah,jagung,dan sebagainya telah rosak akibat terendam dalam air banjir bagi jangka masa yang panjang.Seterusnya,para petani mengalami kerugian dek kerana hasil pertanian mereka musnah kerana kawasan pertanian ditenggelami air.

 4.  Bukan itu sahaja,tidak dapat dinafikan bahawa nasib mangsa bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana penduduk kampung juga mengalami impak yang lebih serius iaitu penduduk terdedah kepada wabak penyakit yang kian menular yang dibawa oleh air banjir yang dicemari dengan pelbagai kotoran.Misalnya,Kolera,demam denggi,malaria,taun,dan chikungunya.Kami juga dimaklumkan bahawa salah seorang penduduk dimasukkan ke wad kecemasan(ICU) kerana penyakit demam denggi yang sudah berlarutan.Penduduk Kampung Balduri terpaksa bergadai nyawa dari hari ke hari.Bagaimana jikalau paras air naik tanpa surut?.Bukan sahaja akan menyebabkan penyakit malah akan mengakibatkan maut.Kondisi kampung kini menyukarkan penduduk untuk mendapatkan rawatan daripada institusi perubatan.Banjir kilat juga telah menjadi gandal kepada kanak-kanak untuk menuntut ilmu di sekolah.Segala kemudahan awam di sekolah telah musnah.Oleh itu,pihak sekolah telah memberikan surat makluman kepada para ibu bapa tentang trajedi ini.Anak-anak diminta supaya mendapatkan pendidikan di sekolah lain bagi sementara waktu.Akhir sekali,barangan keperluan harian seperti beras dan pakaian tidak mencukupi kerana permintaannya begitu tinggi sehingga melampaui bekalan yang dihantar oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).Yang paling signifikan dalam kehidupan seharian ialah keperluan harian yang mencukupi tetapi apakah yang mampu kami lakukan sekiranya tiada barangan keperluan harian?.

 5.  Bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah,geruh tak berbunyi,malang tidak berbau tetapi penduduk yang tinggal sehelai sepinggang ini amat memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan di alam fana ini. Disebabkan implikasi buruk fenomena alam yang hadir luar jangkaan, saya selaku wakil Kampung Balduri ingin merayu bantuan tuan agar dapat meringankan beban kami di sini ibarat hulurkan tangan,ringankan beban. Lebih-lebih lagi, penduduk Kampung Balduri ada yang terdiri daripada warga emas. Penduduk Kampung Balduri memerlukan dan mendambakan bantuan dari segi kewangan, makanan, minuman, dan tempat tinggal sementara amatlah diperlukan. Begitu juga dengan bekalan perubatan bagi merawat kecederaan-kecederaan kecil, bahan-bahan untuk pembinaan rumah, dan beberapa sukarelawan yang dapat bersama-sama berganding bahu dalam membersihkan kawasan perumahan kami. Maklumlah, tiada kehidupan yang bebas daripada onak dan duri. Di samping itu, manusia diwujudkan dengan tujuan untuk saling menolong tatkala susah mahupun senang dan sesungguhnya setiap budi yang mulia yang dilakukan akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik. Kami juga sudah habis akal dalam mencari inisiatif-inisiatif baharu untuk memulihkan keadaan di Kampung Balduri. Oleh sebab itu, bantuan tuan amat kami hargai.

 6. Sinergi daripada pihak tuan sungguh vital demi memuncakkan oligasi penduduk sekali gus dapat meminimakan beban serta kesusahan yang dihadapi oleh marhaen Kampung Balduri.Tambahan pula,pihak tuan haruslah menguatkuasakan reglemen agar pihak pengusaha kilang dan penternak yang terbabit lebih bertanggungjawab. Sikap mementingkan habuan dan kesenangan diri harus dikikis. Mereka sepatutnya membuang sisa kilang dan sampah sarap di tempat pelupusan yang ditetapkan, bukannya disalirkan ke sungai. Sekiranya sikap tidak bertanggungjawab ini masih berterusan, tindakan menamatkan operasi kilang atau ladang ternakan tersebut hendaklah diambil.Kata orang tua-tua,di sebalik malapetaka ada hikmatnya,iaitu seantero negara memperlihatkan perikemanusian dengan menghulurkan bantuan kepada kami yang ditimpa musibah.

 7.  Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan segera agar keselamatan dan kesihatan penduduk Kampung Balduri akan terjamin.Kerjasama dan jasa baik daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 Sekian,terima kasih. 

Yang benar,

 ………………………….
(KUNING BT KARANGAN)
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan,
Kampung Balduri.

Sunday 18 March 2012

PermohonanBantuanKewangan


Encik Lim Chang Di
2, JalanKeriungTempurung,
Kampung Sri Damar,
47655 Pahang DarulRidzuan.

_____________________________________________________________________________ 

Pengarah
Bahagian Pembangunan danPemantauanProjek
CawanganNegeri Pahang
Pejabat RISDA Negeri Pahang
Aras 4, Blok B, Lot 7876
Jalan Haji Junid
25200 Kuantan, PAHANG.                                                                                          13 NOVEMBER 2012

Tuan,

PermohonanBantuanKewangan

Merujukperkara di atas, sayasebagaiwakilpendudukKampung Sri DamardengandukacitanyainginmemintageransertadanauntukmenukarkankampunginikepadakawasanIndustri Kecil danSederhana (IKS). Kampung Sri Damarmempunyaikawasantanah yang seluas 100 hektar yang sesuaiuntukdiusahakandandibangunkandenganmejalankan skim tersebut.

2.  Untukmerealisasikanmatlamat yang termaktub di atas, suatujumlah yang amatbesardiperlukanolehpihak kami untukmengambillangkahpertamadalamusahaini. Olehhal yang demikian, kami mengharapbahawapihaktuandapatmemberikansuntikandana yang pastiakandapatmengurangkanbeban kami dalam modus ini demi menjanakanpembangunanekonomi yang lebihberdayasaingdanbersepadu. Seringkalikerajaan Malaysia telahmencanangkan agar marhaenmenyahutseruankerajaandalammembinadanmewujudkansebuahnegara yang mencapai status negara yang gahsertamantapdalamsemuaaspeksepertiiktisas, sosialdanmasyarakat.Pencapaiantersebutmampudikecapidengankerjasama  yang eratantarasemuasektormasyarakat. Pertolongan yang dihulurkanolehbadan-badankerajaansepertipihaktuansemestinyadapatmempercepatkan proses kemajuannegara, nescayanegaradapatmencapaidarjatberdirisamatinggi, duduksamarendah di falsafahdunia.

3.  Meskipunkerajaansedangmengambillangkah-langkah yang drastikdanagresifuntukmengecapiaspirasiWawasan 2020 namunpenduduk di Kampung Sri Damartidakterlibatdalamprakarsatersebutselamaini. Olehitu, denganmenukarkanfungsikampunginikepadasebuahsektorkawasan yang mampudijanakanuntuktujuanperkilangandanperusahaansepertimana yang ditakrifkansebagaikan skim Industri Kecil danSederhanainidapatmembenarkanmasyarakatkampung kami untukbergiataktifsertamemainkanperananmerekadalampertumbuhanekonominusa. Ramaipenduduk di kampunginimenyarahidupsebagaipenorehgetah.Dewasaini, ramaipendudukkampungtelahberhijrahkebandar-bandarsertaibunegarayakni Kuala Lumpur keranaberpeluanguntukmenyandangjawatan yang lebihtinggidanmendatangkanhabuan yang lebihlumayansupayatidakketinggalandalamaruskemajuannegara.Lanjutandaripadahuraian yang ternyata di atas, adalahamatmenyerlahtentangkepentingn  skimIndustri Kecil danSederhanainidilaksanakan di Kampung Sri Damarsupayarakyat di kampung kami tidaktertindasdaripadahikmatkemajuanekonomiibupertiwi.

4.  Kampung Sri Damarmempunyaikeluasantanah yang sesuaiuntukdibangunkansebagaikawasanIndustri Kecil danSederhana.Dalamkeluasantanah 100 hektarini, tiga per empatdaripadanyamerupakantanahkosong yang kiniseringdikunjungiolehkoncoh-koncohdanpendatangasingsertaimigran yang menjadikannyasebagaipadang bola sepaksertatempatmelepak. Kemunculangolonganini di kampung kami telahmenggugatkeselamatankedamaiansekitar.Selainitu, golonganwanitadankanak-kanakkampung kami jugatelahdinasihatkanuntukmenjauhkandiridaripadatempattersebut demi aspekkeselamatan.Tambahan pula, tanah-tanahterbiarturutdijadikantapakpembuangansampah-sarap yang telahmenimbulkanbau yang tidakmenyenangkan.Kemelutinibertambahkronikapabilatimbunansampahtersebutmengundangkanhaiwan liar khususnyaanjing yang kelihatanberkeliaran di sekitarkawasankampung.Haiwan- haiwantersebutjugatelahmencerobohikawasan masjid kampungini yang secaralangsungtelahmencemarkankesucian masjid tersebutdalamkontekshalkeagamaan. Jikatanah-tanah yang tidakproduktifdapatdimajukanmenjadikawasanIndustri Kecil danSederhana, tindakaninidapatmenyelesaikansegalamasalah yang dihadapiolehpendudukkampungini.

5.   Skim Industri Kecil danSederhanabertendensiuntukmezahirkanpeluangpekerjaan yang banyakuntukparapenduduk di Kampung Sri Damar. Untukmeneruskankehidupan di dunia yang kianmencabarini, pendudukkampungterpaksamenaikipengangkutanawamkekawasanperindustrian di negerijiran, iaitu Johor untukbekerja di kilang-kilangmemprosesmakananringan.Dengangaji yang kurangdaripada RM 800, izharlahbahawapendapatantersebuttidakmampumenampungataumeringankanbebanpendudukkampung yang kebanyakannya papa kedana.Dalamkonteksini, kami berharapbahawapihaktuanmampumemperkenankanpemohonan kami keranajikalautanah-tanahdapatdibangunkanuntuktujuanperindustriandanperkilangan ,makapeluangpekerjaan yang lebihsesuaisertatapakpekerjaan yang lebihberdekatandenganrumahpendudukpastiakanmembantupendudukuntukmengatasikekanganini yang seringmembelengguipemikiranpenduduksejakpascamerdekalagi. Sejakkebelakanganini, krisiskemerosotanekonomiseanteroduniatelahmenatijahkanpelbagaikesanterhadappembangunanekonominegara.PendudukKampung Sri Damarturutmenerimatempiasdaripadafenomenaini.Pelaksanaan skim Industri Kecil danSederhanainidiharapkanmenjadipenyelamatkepadamasalahpengangguran yang jumlahnyasemakinmeningkatsertamelandaumatmanusia di kampungini.

6.  Seperti yang sediadimaklum, kerajaan telah memperkenalkan skim iniuntukmewujudkankegiatansosioekonomi yang progresif di sampingmendirikansertamenyediakanprasaranadaninfrastruktur yang berperananuntukmerancakkanpembangunandariaspeksosialdanmasyarakat di kawasan-kawasanterpilih. Untukmaklumantuan, Kampung Sri Damartidaklahsemajudenganpekan-pekan lain di negeri Pahang. Tamsilnya, hospital besar yang terdekatjugaterletaklokasinyasejauh 30 kilometer daripadaKampung Sri Damar.Padarealitinya, memangtidakdapatmempertikaikankepentingan skim inidiluluskanuntukmenjadibatuloncatanuntukmenjulangkan status danmemartabatkandarjatkampungkepadabandarataupun metropolitan.Seterusnya, skim inijugaakanmerupakanuratnadi yang paling ampuhuntukmenyokongpertumbuhanekonomidansosial.
Akhirkata,kamiberharap agar pihaktuandapatmemberikankomitmen yang menyeluruhdanmeluluskanpermohonanini. Hal inidemikiankerana,pertumbuhanpesatsektorperkilanganmemperlihatkankepentingandanperanan IKS semakinketara.Denganwujudnyainisiatifdaniltizam, IKS bukansahajaberdayamajubahkanmenyumbangkepadaekonominegarasekaligusmerealisasikanwawasan 2020.Kerjasama daripadapihaktuanamat kami hargaidandidahuluidenganjutaanterimakasih .


Yang benar,
 

(LIM CHANG DI)
WAKIL PENDUDUK

Surat Kiriman Rasmi - Memohon Penajaan Bagi Membiayai Perbelanjaan Kursus Motivasi dan Kempimpinan Pengawas


Pengerusi Badan Pengawas,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
_____________________________________________________________________________

Encik Muhd Malik Bin Yasin,
Syarikat Bekalan Alat Tulis Malik
Jalan Kekwa 7/18, Taman Idaman,
67891 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan                                                                            29 FEBRUARI 2012
                                                                                                                            
Tuan,
Memohon Penajaan Bagi Membiayai Perbelanjaan Kursus Motivasi dan Kempimpinan Pengawas

Merujuk perkara di atas, saya sebagai Pengerusi Badan Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara bercadang untuk mengadakan kursus motivasi dan kepimpinan kepada pengawas-pengawas di sekolah ini. Oleh sebab itu, saya ingin memohon kepada pihak tuan untuk memberikan penajaan bagi membiayai perbelanjaan kursus motivasi dan kepimpinan pengawas yang bakal diadakan ini. Kursus yang julung-julung kalinya diadakan ini merupakan program utama Badan Pengawas sekolah pada tahun ini.
2.         Untuk pengetahuan tuan, kami bercadang untuk mengadakan kursus motivasi dan kepimpinan pengawas di sekolah sahaja bagi mengurangkan perbelanjaan yang diperlukan kerana tambang pengangkutan tidak perlu diambil kira. Kursus ini akan diadakan selama tiga hari, dua malam iaitu dari 10 Mac hingga 12 Mac 2012. Waktu pendaftaran akan bermula pada pukul lapan sehingga sembilan pagi. Seterusnya, bilangan pengawas yang akan menyertai kursus ini adalah seramai 50 orang dan diiringi oleh lapan orang guru yang terdiri daripada empat orang guru perempuan dan empat orang guru lelaki. Tambahan pula, bilangan ahli urus setia adalah seramai tiga orang dan bilangan ahli fasilitator pula adalah seramai lima orang untuk mengawasi semua modul dan perjalanan kursus ini.
3.         Kursus yang akan diadakan ini amat penting dan bermakna kepada kami kerana kursus ini akan membentuk sifat-sifat peribadi yang positif dalam diri setiap pengawas seperti bersifat amanah, berdisiplin, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas, di samping memupuk sifat tegas dalam diri setiap pengawas sekolah, dan menepati masa kerana masa itu emas. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi organisasi EXCO pengawas sekolah agar menjadi lebih teratur dan sistematik. Melalui kursus ini juga, pegawas-pengawas di sekolah ini akan dapat merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain dan memupuk sikap bekerjasama, bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Hal ini demikian kerana pelbagai aktiviti berkumpulan akan diadakan sepanjang kursus ini dijalankan yang memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan. Mereka juga akan lebih bersemangat dan yakin dalam melaksanakan tugas masing-masing untuk menjaga keamanan sekolah.
4.        Walau bagaimanapun, kami mempunyai masalah kekurangan wang bagi membiayai perbelanjaan kursus motivasi dan kepimpinan pengawas ini. Jika masalah ini berterusan kami terpaksa membatalkan kursus ini. Untuk makluman pihak tuan, pihak PIBG sekolah telah menyumbangkan wang sebanyak RM500 tetapi wang itu masih tidak mencukupi. Kami juga telah mengadakan pelbagai jualan seperti menjual makanan dan minuman pada waktu rehat untuk mengumpul lebih banyak wang. Di samping itu, terdapat beberapa orang guru yang telah memberikan sumbangan kepada kami untuk menjayakan kursus ini. Namun, wang itu masih tidak mencukupi dan saya ingin memohon kepada pihak tuan untuk menyumbangkan wang sebanyak RM2000. Wang itu akan digunakan untuk membayar urus setia, fasilitator, dan pakar motivasi yang datang dari luar. Selain itu, wang itu juga akan digunakan untuk menyediakan makanan dan minuman serta aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang kursus ini. Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan kepada kami agar matlamat program ini dapat direalisasikan.
5.        Sepanjang perkhemahan ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dirancang oleh pihak kami untuk dijalankan. Aktiviti tersebut termasuklah kawad kaki. Aktiviti sebegini membawa pelbagai maslahat kepada diri pelajar. Hal ini demikian kerana aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kedisiplinan dalam diri para pengawas yang terlibat. Nilai ini harus ada dalam diri para pengawas supaya pelajar-pelajar yang lain akan mengikut jejak langkah mereka dan seterusnya dihormati oleh para pelajar yang lain. Kami juga sudah merancang untuk membayar pihak konsultan untuk menyampaikan motivasi kepada kami tentang cara untuk membina jati diri yang baik sebagai pengawas contoh. Motivasi ini amat penting untuk memberi kesedaran kepada para pengawas bahawa peraturan sekolah amat penting untuk memastikan keamanan sekolah dijamin bersama. Motivasi ini juga akan dapat membantu pengawas untuk mengurangkan wabak ponteng sekolah yang semakin  berleluasa dalam diri pelajar. Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan malam kebudayaan. Malam kebudayaan adalah suatu aktiviti untuk para pengawas menunjukkan bakat yang terpendam di dalam diri mereka. Aktiviti ini dapat menanam sifat keyakinan tinggi dan kreatif. Di hujung program ini pula pihak kami akan mengadakan pertandingan 'explorace'. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji daya tahan fizikal dan mental para pengawas yang terlibat seiring dengan semangat kesukanan yang bakal dipupuk dalam program ini. Selain itu, aktiviti sebegini dapat megeratkan hubungan silaturahim sesama ahli kumpulan.
6.     Kerelaan hati tuan-puan untuk menaja program kami akan dapat mengurangkan beban guru-guru kami untuk menjadi konsultan dan urus setia program ini. Hal ini demikian kerana kami akan dapat membayar pihak luar untuk menjadi konsultan dan urus setia program kami ini. Tambahan pula, kami juga akan dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menarik seperti yang telah kami rancangkan. Seterusnya, kami juga akan dapat menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi sepanjang program ini dijalankan dengan adanya dana yang mencukupi. Kejayaan program ini dijalankan bakal dapat memberi natijah yang baik terhadap para pelajar dan sekolah. Undang-undang sekolah akan dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan selanjutnya membina sebuah institusi pendidikan yang mantap.
7.      Saya selaku Pengerusi Badan Pengawas Sekolah, amat berharap agar pihak tuan sudi  untuk menghulurkan sumbangan kepada kami bagi menjalankan program kami ini. Bantuan tuan-puan akan dapat merealisasikan matlamat program kami untuk melahirkan individu pengawas yang berkaliber dan efektif pada masa akan datang. Bantuan tuan amat dihargai oleh kami. Tanpa adanya sokongan anda kami tidak akan dapat untuk menjalankan program ini seperti yang dirancang.
8.         Saya amat berharap semoga permohonan penajaan bagi membiayai perbelanjaan kursus motivasi dan kepimpinan pengawas daripada syarikat tuan mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,


AHMAD

( AHMAD MURAD BIN ABDULLAH )
Pengerusi Badan Pengawas,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara.




Ahli kumpulan: Yasmin, Aimi, Nurul Ain, Nurain, Priscilla, Shahrul

Friday 16 March 2012

Holidays bout to end :(

Hi guys, admin Prisong here. Kenapa korang semua waktu cuti ni tak datang sini blog? Huiyoh -..-

First thing first,
Sudahkah anda semua menyiapkan karangan BM? :)
Warning: If not mistaken, must be finish by ISNIN. So yeah, please put your karangan here before Sunday.

Rasanya ada 6 karangan? right? Not sure la. Remember to siapkan lah!